Monday, February 13, 2012

Monarki Yang Paling Lama Di Negeri Sembilan...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera  Semua Pembaca...
rasanya amiey dah lama tak update entri untuk blog Negeri Sembilan ni kan....jadi hari ni amiey nak buat entri tentang pemerintah ( Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ) yang paling lama memerintah Negeri Sembilan sejak berabad lalu... 

1. 1888-1933
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Muhammad Shah Ibni Almarhum Tuanku Antah
Yang uniknya semasa pemerintahan baginda, baginda telah ditabalkan sebanyak dua kali berikutan daripada perjanjian Persekutuan Negeri Sembilan dengan pihak british dengan menggabungkan semua daerah ( yang dahulunya dikenali sebagai negeri ) iaitu Seri Menanti, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, & Inas pada 18 Mac 1889. Manakala pada 13 Julai 1889 perjanjian ini sekali lagi dimeterai dengan pihak british dengan memasukan daerah Rembau Dan Tampin dalam Negeri Sembilan dan kemudiannya Jelebu & Sungai Ujong.

 Naik Takhta : 22 Oktober 1888
Ditabalkan Kali Pertama : 8 Disember 1889
( Dengan Gelaran Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan )
Pada Ketika itu Baginda hanya berkuasa keatas Seri Menanti, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Inas( dikenali sebagai Tanah Mengandung ), Rembau & Tampin.
Ditabalkan Kali Kedua : 7 Mei 1898
( Dengan Gelaran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan )
Pada ketika itu Baginda berkuasa keatas Seluruh Negeri Sembilan
Tarikh Mangkat : 1 Ogos 1933
Tempoh Memerintah : 45 Tahun


2. 1967-2008

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Naik Takhta : 19 April 1967
Ditabalkan : 8 April 1968
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-10 : 26 April 1994 - 25 April 1999
Tarikh Mangkat : 27 Disember 2008
Tempoh Memerintah : 41 Tahun


3. 1824 - 1861
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Yamtuan Raja Radin Ibni Almarhum Yamtuan Raja Lenggang

Naik Takhta : 1824 
( Dilantik Pemangku Raja Ketika ini iaitu Raja Kerjan & Raja Sati Kerana dikatakan Raja Radin Belum Cukup Umur )
Ditabalkan :30 November 1831
Tarikh Mangkat : 1861
Tempoh Pemerintahan : 37 Tahun


4.  1933-1960
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Naik Takhta : 3 Ogos 1933
Ditabalkan : 25 April 1934
Yanga Di-Pertuan Agong  Persekutuan Tanah Melayu Pertama : 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Tarikh Mangkat : 1 April 1960 
Tempoh Memerintah : 27 Tahun




5.1773-1795
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil
( Raja Melewar )

Dilantik & Ditabalkan : 1773
( Ditabalkan Di Rembau & Bersemayam Di Seri Menanti )
Tarikh Mangkat : 1795
Tempoh Memerintah : 22 Tahun

P/S : Mohon Maaf kerana tidak dapat menyatakan beberapa tarikh tentang tarikh ditabalkan & tarikh kemangkatan beberapa orang yamtuan berikutan sumber yang diperolehi tidak menjelaskan tentang tarikh-tarikh tersebut.