Monday, February 13, 2012

Monarki Yang Paling Lama Di Negeri Sembilan...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera  Semua Pembaca...
rasanya amiey dah lama tak update entri untuk blog Negeri Sembilan ni kan....jadi hari ni amiey nak buat entri tentang pemerintah ( Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ) yang paling lama memerintah Negeri Sembilan sejak berabad lalu... 

1. 1888-1933
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Muhammad Shah Ibni Almarhum Tuanku Antah
Yang uniknya semasa pemerintahan baginda, baginda telah ditabalkan sebanyak dua kali berikutan daripada perjanjian Persekutuan Negeri Sembilan dengan pihak british dengan menggabungkan semua daerah ( yang dahulunya dikenali sebagai negeri ) iaitu Seri Menanti, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, & Inas pada 18 Mac 1889. Manakala pada 13 Julai 1889 perjanjian ini sekali lagi dimeterai dengan pihak british dengan memasukan daerah Rembau Dan Tampin dalam Negeri Sembilan dan kemudiannya Jelebu & Sungai Ujong.

 Naik Takhta : 22 Oktober 1888
Ditabalkan Kali Pertama : 8 Disember 1889
( Dengan Gelaran Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan )
Pada Ketika itu Baginda hanya berkuasa keatas Seri Menanti, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Inas( dikenali sebagai Tanah Mengandung ), Rembau & Tampin.
Ditabalkan Kali Kedua : 7 Mei 1898
( Dengan Gelaran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan )
Pada ketika itu Baginda berkuasa keatas Seluruh Negeri Sembilan
Tarikh Mangkat : 1 Ogos 1933
Tempoh Memerintah : 45 Tahun


2. 1967-2008

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Naik Takhta : 19 April 1967
Ditabalkan : 8 April 1968
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-10 : 26 April 1994 - 25 April 1999
Tarikh Mangkat : 27 Disember 2008
Tempoh Memerintah : 41 Tahun


3. 1824 - 1861
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Yamtuan Raja Radin Ibni Almarhum Yamtuan Raja Lenggang

Naik Takhta : 1824 
( Dilantik Pemangku Raja Ketika ini iaitu Raja Kerjan & Raja Sati Kerana dikatakan Raja Radin Belum Cukup Umur )
Ditabalkan :30 November 1831
Tarikh Mangkat : 1861
Tempoh Pemerintahan : 37 Tahun


4.  1933-1960
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Naik Takhta : 3 Ogos 1933
Ditabalkan : 25 April 1934
Yanga Di-Pertuan Agong  Persekutuan Tanah Melayu Pertama : 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Tarikh Mangkat : 1 April 1960 
Tempoh Memerintah : 27 Tahun




5.1773-1795
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil
( Raja Melewar )

Dilantik & Ditabalkan : 1773
( Ditabalkan Di Rembau & Bersemayam Di Seri Menanti )
Tarikh Mangkat : 1795
Tempoh Memerintah : 22 Tahun

P/S : Mohon Maaf kerana tidak dapat menyatakan beberapa tarikh tentang tarikh ditabalkan & tarikh kemangkatan beberapa orang yamtuan berikutan sumber yang diperolehi tidak menjelaskan tentang tarikh-tarikh tersebut. 

Thursday, June 16, 2011

Alat Kebesaran Diraja Negeri Sembilan Darul Khusus

Assalamualaikum.....

Entri kali ini adalah menegenai Alat Kebesaran Diraja Negeri Sembilan Darul Khusus......

Berikut adalah gambar mengenai Alat kebesaran Diraja Negeri Sembilan. Gambar ni adalah ihsan dari Laman Web Ifoto Penerangan sekitar tahun 1961.

Panji Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Tombak Berambu, Pedang & Keris I

Pedang & Keris II

Payung Kuning, Pedang Panjang & Tombak Berambu

Wednesday, June 15, 2011

Susur Galur Yamtuan/Yang Di-Pertuan Besar & Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan

1. 1773-1795:

DYMM Almarhum Raja Melewar dari Pagaruyung. Almarhum Raja Melewar adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang Pertama. Almarhumah Cik Seni Binti Penghulu Na’am adalah Tuanku Ampuan yang pertama.

2. 1795-1808:

DYMM Almarhum Yamtuan Hitam juga dari Pagaruyung. AlmarhumYamtuan Hitam adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang kedua. Almarhumah Tengku Aishah Binti Almarhum Raja Melewar merupakan Tuanku Ampuan yang kedua.

3. 1808-1824:

DYMM Almarhum Ymtuan Lenggang juga dari Pagaruyung. Almarhum Yamtuan Lenggang adalah Yamtuan  Negeri Sembilan yang ketiga. Almarhumah Tengku Puan Ngah Binti AlmarhumYamtuan Hitam adalah Tuanku Ampuan yang ketiga.

4. 1824-1861:

DYMM Almarhum Yamtuan Radin ibni AlmarhumYamtuan Lenggang. AlmarhumYamtuan Radin adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang keempat. Almarhumah Tengku Puan Intan adalah Tuanku Ampuan yang Keempat & Menjadi Pemangku Yamtuan pada tahun 1869 – 1872.

5. 1861-1869:

DYMM Almarhum Yamtuan Imam ibni AlmarhumYamtuan Lenggang. Almarhum Yamtuan Imam adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang kelima. Almarhumah Cik Normah adalah Tuanku Ampun yang kelima.

6. 1872-1888:

DYMM Almarhum Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin. AlmarhumYamtuan Antah adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang keenam. Almarhumah Cik Puan Halimah adalah Tuanku Ampuan yang keenam.

7. 1888-1933:

DYMM Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Yamtuam Antah. Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ketujuh. Almarhumah Tunku Puan Cik adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan ketujuh. Baginda adalah pemerintah Negeri Sembilan yang pertama menggunakan gelaran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan & Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.


Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Muhammad Shah Ibni Almarhum  Yamtuan Antah
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-7
Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tunku Puan Chik
Tunku Ampun Besar Negeri Sembilan Ke-7

8. 13 Ogos 1933 sampai 1 April 1960:

DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah. Almarhum Tuanku Abdul Rahman adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kelapan & DYMM SPB YDPA yg Pertama 1957-1960. Almarhumah Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin  adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang kelapan & DYMM SPB RPA yang pertama.


Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-8
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama
Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-8
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama

9. 5 April 1960 sampai 14 April 1967:

DYMM Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan. Almarhumah Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan.

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-9
Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tuanku Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-9
10. 18 April 1967 sampai 27 Desember 2008:


DYMM Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Almarhum Tuanku Jaafar adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesepuluh & DYMM SPB YDPA yg kesepuluh 1994-1999. Tuanku Ampuan Najihah adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang Kesepuluh & DYMM SPB RPA yang kesepuluh.


Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-10
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-10
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-10
11. 29 Desember 2008 - kini :

DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesebelas. Tuanku Ampuan Aishah Rohani Binti Almarhum Tuanku Besar Mahmud adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang Kesebelas.


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku  Munawir
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-11

Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Negeri Sembilan Darul Khusus


Penduduk Asal

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.


Penghijrahan Orang Minangkabau

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melaluiMelaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


Asal Nama Negeri Sembilan

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naningyang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.