1. 1773-1795:
DYMM Almarhum Raja Melewar dari Pagaruyung. Almarhum Raja Melewar adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang Pertama. Almarhumah Cik Seni Binti Penghulu Na’am adalah Tuanku Ampuan yang pertama.
2. 1795-1808:
DYMM Almarhum Yamtuan Hitam juga dari Pagaruyung. AlmarhumYamtuan Hitam adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang kedua. Almarhumah Tengku Aishah Binti Almarhum Raja Melewar merupakan Tuanku Ampuan yang kedua.
3. 1808-1824:
DYMM Almarhum Ymtuan Lenggang juga dari Pagaruyung. Almarhum Yamtuan Lenggang adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang ketiga. Almarhumah Tengku Puan Ngah Binti AlmarhumYamtuan Hitam adalah Tuanku Ampuan yang ketiga.
4. 1824-1861:
DYMM Almarhum Yamtuan Radin ibni AlmarhumYamtuan Lenggang. AlmarhumYamtuan Radin adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang keempat. Almarhumah Tengku Puan Intan adalah Tuanku Ampuan yang Keempat & Menjadi Pemangku Yamtuan pada tahun 1869 – 1872.
5. 1861-1869:
DYMM Almarhum Yamtuan Imam ibni AlmarhumYamtuan Lenggang. Almarhum Yamtuan Imam adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang kelima. Almarhumah Cik Normah adalah Tuanku Ampun yang kelima.
6. 1872-1888:
DYMM Almarhum Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin. AlmarhumYamtuan Antah adalah Yamtuan Negeri Sembilan yang keenam. Almarhumah Cik Puan Halimah adalah Tuanku Ampuan yang keenam.
7. 1888-1933:
DYMM Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Yamtuam Antah. Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ketujuh. Almarhumah Tunku Puan Cik adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan ketujuh. Baginda adalah pemerintah Negeri Sembilan yang pertama menggunakan gelaran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan & Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.
8. 13 Ogos 1933 sampai 1 April 1960:
DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah. Almarhum Tuanku Abdul Rahman adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kelapan & DYMM SPB YDPA yg Pertama 1957-1960. Almarhumah Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang kelapan & DYMM SPB RPA yang pertama.
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-8 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama |
Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-8 Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama |
9. 5 April 1960 sampai 14 April 1967:
DYMM Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan. Almarhumah Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan.
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-9 |
Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tuanku Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-9 |
10. 18 April 1967 sampai 27 Desember 2008:
DYMM Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Almarhum Tuanku Jaafar adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesepuluh & DYMM SPB YDPA yg kesepuluh 1994-1999. Tuanku Ampuan Najihah adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang Kesepuluh & DYMM SPB RPA yang kesepuluh.
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-10 |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-10 |
11. 29 Desember 2008 - kini :
DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesebelas. Tuanku Ampuan Aishah Rohani Binti Almarhum Tuanku Besar Mahmud adalah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang Kesebelas.
Assalamualaikum, boleh saya gunakan gambar Yamtuan Antah untuk penerbitan saya, terima kasih
ReplyDeleteSalam, Tuanku Ampuan ke-7 Negeri Sembilan adalah Tuanku Ampuan Lijah, dan bukannya Tunku Chik.. Istana beliau ada dibina semula di Museum Seremban. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanye, asal usul keris Raja ada 3 ke 4?
ReplyDelete